16 December 2009

ZIARAH DI RUMAH DR. HJ. KAMARUDIN









Assalamualaikum..

Meriah sungguh hari ini kerana berkesempatan untuk menziarah rumah Dr. Kamarudin yang terletak di Kg. Baru, Sg. Udang, Melaka. Kami pergi seramai 36 orang berkongsi menaiki kereta dan ternyata perjalanannya memang agak jauh. Mujur tidak tersesat. Yang menariknya hampir semua tersesat apabila menghala pulang ke kampus.

Alhamdulillah sempat juga kami membuat majlis tahlil bersama dan selepas solat Isyak kami dihidangkan dengan juadah yang enak-enak belaka. Memang sedap masakan Cikgu Zuraidah isteri Dr. Kamarudin yang kebetulan beliau juga mengajar subjek Ilmu Pendidikan di kelas kami. Apa pun ucapan terima kasih kepada keluarga Dr. kerana sudi menerima kunjungan kami termasuk kelas KEMAS 2008 seramai 16 orang yang menyertai rombongan kami. Dikesempatan ini saya lampirkan gambar-gambar yang diambil untuk tatapan semua.

1 comments:

Norasikin Sapuan said...

Assalamualaikum.......
ooooo cepat betul sahabat kita ni memasukkan info-info terkini....
bantu-bantu la rakan yang tak pandai niiiiii......

Post a Comment