14 August 2010

Salam Ramadhan

Selamat menjalankan ibadat puasa..

01 August 2010

Pertandingan Kompang

25 July 2010

JURNAL MINGGUAN

TARIKH : 5 – 9 Julai 2010 (minggu ke-2)

Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu kedua saya menjalani praktikum di sekolah ini. Saya sudah mula mesra untuk berinteraksi dan mengenali sebahagian kakitangan di sekolah ini. Saya sudah mula memahami suasana sekolah walaupun masih mencari pengalaman. Bangga rasanya menjadi guru dan saya sedar bahawa saya perlu memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik-baiknya.

Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya amat bergantung kepada LCD tetapi malangnya peralatan ini perlu di bawa sendiri dan jika ada pun hanya di Makmal. Ada beberapa kelebihan dan kekurangan dalam Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Antara kelebihan yang ada ialah murid memberikan kerjasama dengan baik walaupun sebahagian murid agak nakal. Hubungan dua hala masih dapat dilakukan walaupun suasana kelas yang agak bising kerana masing-masing ingin menonjolkan diri mereka dengan cikgu baharunya ini.

Kekurangan yang ada ialah murid masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis kerana masih ada yang melakukan kesalahan mengeja. Bagi mengatasi kemahiran menulis ini, saya perlu memperbanyakkan latihan dan menyarankan agar murid menulis dengan berhati-hati dan banyakkan membaca. Saya juga menekankan kemahiran KBKK bagi mengatasi masalah tersebut.

Banyak yang dapat saya pelajari pada minggu kedua ini antaranya tentang selok-belok pengurusan bilik darjah dan pentingnya menepati waktu. Jika kita terlebih atau terkurang mengajar pada waktu itu ia akan menjejaskan masa cikgu yang lain.

Kelemahan tetap ada dalam berinteraksi dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Walau bagaimanapun saya tetap berusaha untuk memperbaikinya dengan lebih baik lagi di masa akan datang
Sekian sahaja untuk jurnal refleksi saya pada minggu ini.

20 July 2010

PRAKTIKUM, PRAKTIKUM, PRAKTIKUM..





Assalamualaikum..



Kepada rakan seperjuangan harap terus gigih dalam menjalani praktikum fasa 2 ini.Memang penat jerih amat terasa memandangkan perlu bertugas di dua buah sekolah setiap hari sehingga ke petang.Harapan saya agar segala pengorbanan yang dilalui akan terbalas di dunia dan di akhirat demi mendidik anak bangsa..

15 July 2010

Maklumat Tambahan Praktikum Fasa 2

Assalamualaikum..

Makluman terbaharu yang telah diumumkan oleh Unit Praktikum iaitu surat Pelatih KDC-KDPM-JAIJ Ambilan Mei 2007. Muat turun dokumen yang berikut dan serahkan satu salinan kepada Guru Besar sekolah praktikum anda. Anda juga perlu serah satu salinan kepada Guru Besar sekolah asal anda, dan anda digalakkan menyimpan satu salinan di dalam portfolio anda.

http://www.mediafire.com/?ttjm2jmoj2y
(Maklumat Tambahan Praktikum Fasa 2-KDPM-JAIJ Mei 2007.pdf)

Sekian, harap maklum.

24 June 2010

BAHAN BANTU MENGAJAR

APLIKASI PENGURUSAN SUMBER BAHASA MELAYU
Sumber pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada tiga kategori utama, iaitu:
1. Bahan rujukan seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,
dan Buku Panduan Mengajar ;
2. Bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru
semasa mengajar; dan
3. Bahan pembelajaran seperti buku-buku teks dan alat-alatan yang
digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran

BAHAN BANTU MENGAJAR (BAHAN PENGAJARAN)
BBM dapat dikategorikan seperti di bawah:
(i) media elektronik
contoh: slaid, pita video/rakaman, perakam video/kaset, OHP, televisyen,
komputer riba, LCD, VCD, DVD, dll

(ii) media cetak
contoh : buku, gambar, carta, akhbar, majalah, risalah, brosur, dll.

(iii) media tiga dimensi
contoh: model, diorama (spt tapak lanskap), mobail(sampul angpau digubah), topeng, akuarium, dll

(iv) persekitaran
contoh: bunyi, warna,cahaya, bau, pergerakan, dll.

(v) manusia
contoh: pengalaman, tingkah laku, tokoh, dll
BBM

Pemilihan : Sesuai atau tidak, Menarik, Jimat dan mudah alih, sedikit mencabar dll
Penyesuaian : Sesuai untuk objektif pelajaran, tahap kebolehan pelajar, sesuaikan mengikut pengalaman sedia ada, sesuaikan persekitaran dan budaya, Kaedah dan teknik pengajaran dll
Penggunaan : Menilai tujuan digunakan, kesesuaian bahan, tahu cara pengendalian/penggunaan, kejelasan bahan dll
-sebelum
Melibatkan interaktif, respons, mesej sampai/jelas dll
-semasa
2 hala, respons dll
-selepas
Hasilnya, kesannya, dapat menyemai penilaian kreatif, dapat memperkaya pengalaman murid dll

14 June 2010

KOMUNIKASI

Pendahuluan

Sebagai bakal guru sekolah rendah, seorang guru itu perlu menjana keupayaan diri anda supaya cekap berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Khususnya sebagai sarana (alat) komunikasi bahasa yang akan digunakan dalam wacana bertulis hendaklah gramatis, mengikut format/organisasi, laras, gaya bahasa, dan peraturan sosial serta budaya bahasa Melayu itu sendiri.

Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan menjadi tunjang utama sebagai pendidik dalam menyampaikan ilmu di sekolah.

Kecekapan guru dalam bahasa amatlah diharapkan bagi merealisasikan dan mencapai matlamat pendidikan negara selaras dengan saranan kerajaan. Maka perlulah guru bahasa itu mengetahui teori-teori asas bahasa melayu KBSR bagi memperkemaskan lagi teknik P&P.


1.0 KOMUNIKASI

1.1 DEFINISI

Komunikasi ialah satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain.

1.2 JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Terbahagi 2, iaitu ;

a. Verbal (lisan)

b. Non Verbal (bukan lisan)

1.3 KATEGORI KOMUNIKASI

a. Interpersonal

Proses komunikasi antara individu (lebih daripada seorang individu)

b. Intrapersonal

Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri)

c. Massa

Sebaran am




1.4 KANDUNGAN KOMUNIKASI

Proses komunikasi mempunyai ;

a. Penyampai
b. Mesej
c. Saluran
d. Penerima
e. Maklumbalas


1.5 ARAH KOMUNIKASI

a. Komunikasi Sehala
Maklumat tidak memerlukan reaksi dari penerima (arahan).
contoh: pengucapan awam, menonton dan ceramah.

b. Komunikasi Dua Hala
Maklumat penyampai memerlukan reaksi dari penerima (arahan).
contoh : majlis dialog, pidato dan debat.

c. Komunikasi Menegak
Dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.
contoh : komunikasi dalam keluarga, anak buah dengan boss.

d. Komunikasi Mendatar
Sesama rakan sejawat.

e. Grapevine
Tidak formal, rahsia/khabar angin.
contoh : gossip



1.6 ASAS KOMUNIKASI

a. Kepercayaan
b. Ketulenan/kepura-puraan
c. Kesediaan/keterbukaan
d. Mendengar

1.7 KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN

a. maklumat yang disampaikan perlu jelas dan tepat
b. menggunakan bahasa yang mudah difahami dan terang maksudnya
c. menggunakan alat bantu sekiranya perlu
d. memastikan maklumat disampaikan sesuai pada keadaan dan waktu
e. memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi dan menerima maklumat

1.8 HALANGAN DALAM KOMUNIKASI

a. Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
b. Perkataan yang mempunyai banyak makna
c. Kurang minat
d. Prasangka
e. Sekatan emosi
f. Penyampaian kurang menarik
g. Memikirkan sesuatu yang lain
h. Persekitaran yang tidak sesuai
i. Tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan
j. Wujudnya pelbagai gangguan





2.0 FORMAT DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM SURAT RASMI

2.1. TAKRIF SURAT

Kamus Dewan mentakrifkan surat sebagai kertas atau segala sesuatu yang bertulis. Dan, surat kiriman pula ialah kertas yang mengandungi khabar, maklumat, dan seumpamanya, yang ditulis oleh sesuatu pihak untuk disampaikan secara berkirim kepada pihak yang lain. Yang penting pada surat kiriman ialah Pengirim, Penerima dan Kandungan Surat.

2.2. PENGERTIAN SURAT RASMI

Surat Rasmi ialah surat yang ditulis dalam urusan rasmi. Yang dimaksudkan dengan urusan rasmi pula, segala urusan yang berhubung dengan jabatan seperti permohonan, pemberitahuan, arahan dan notis, dan lain-lain. Yang dimaksudkan dengan pejabat, termasuklah jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta dan perniagaan, institusi pendidikan dan lain-lain.

2.3. BENTUK DAN FORMAT SURAT RASMI

Surat rasmi disusun mengikut bentuk dan format yang khusus mengikut ketetapan jabatan, badan, institusi, sebagai gaya khusus jabatan, badan, institusi yang berkenaan.

2.4. UNSUR SURAT RASMI

Pada surat rasmi terdapat tiga unsur utama dan beberapa unsur samping:

2.4.1 Maklumat Pengirim

Maklumat yang terkandung pada kepala surat ialah nama jabatan, alamat lengkap jabatan/syarikat, nombor telefon/teleks/faksmile (mana-mana yang berkaitan), maklumat surat (rujukan pengirim/penerima) dan tarikh surat.

2.4.1.1 Kepala Surat

Format kepala surat pelbagai, direka bentuk sesuai untuk mencerminkan keperibadian jabatan. Kepala surat dimuat juga logo atau lambang jabatan.

2.4.1.2 Alamat Pengirim

Alamat pengirim biasanya termuat dalam kepala surat. Kepala surat direka bentuk sebegitu rupa supaya dapat memuatkan semua maklumat berkaitan.

2.4.1.3 Rujukan Surat

Pada bahagian kepala surat, dimuatkan beberapa rujukan surat. Biasanya, ada dua rujukan: rujukan penerima (jika ada dan untuk surat jawapan) dan rujukan pengirim.

Tujuan memuatkan maklumat ini adalah bagi memudahkan rujukan, baik kepada pihak pengirim mahupun kepada pihak penerima.

Rujukan surat biasanya pada bahagian kanan surat, sama ada sebahagian daripada kepala surat, mahupun pada bahagian bawah kepala surat. Biasanya, rujukan penerima (jika ada) di atas dan rujukan pengirim di bawahnya.
Bagi surat yang tidak menggunakan kertas surat berkepala, rujukan biasanya dicatatkan pada bahagian atas surat sebelah kanan.

2.4.1.4 Tarikh Surat

Tarikh surat, baik daripada pejabat mahupun daripada individu, mestilah dicatat pada surat. Biasanya, tarikh dicatatkan di bawah rujukan surat, pada bahagian kanan surat. Ada banyak cara menulis tarikh. Yang lazim digunakan:

28 Mac 1995
28 hb. Mac 1995
Gaya Dewan: 28 Mac 1995
26 Syawal 1415

2.4.1.5 Maklumat Tambahan

Selain maklumat di atas, surat rasmi biasa juga ditulis mengikut keadaan tertentu. Misalnya, ada surat yang ditandai “segera”, “hantar tangan”, “sulit” atau “rahsia” dan seumpamanya. Bagi surat-surat khusus ini, lazimnya dinyatakan pada bahagian maklumat pengirim, di bawah kepala surat.

2.4.2 Maklumat Penerima

Maklumat penerima mengandungi nama dan/atau gelar jawatan penerima surat, diikuti alamat lengkapnya. Sebagai amalan lazim, surat rasmi dikirim kepada ketua eksekutif (mengikut gelar rasmi institusi). Di samping gelar jawatan rasmi, gelar anugerah penerima juga hendaklah diikut sertakan. Jika diketahui pengendali surat, maka masukkan maklumat tersebut pada bahagian bawah alamat penerima, iaitu dengan mencatatkan nama penerima atau gelar rasminya (gelar jawatan), melainkan harus melalui saluran tertentu. Jika demikian halnya, maklumat tersebut hendaklah dinyatakan dengan
mencatatkan; Melalui: diikuti nama dan alamat lengkap saluran berkaitan yang boleh lebih daripada satu. Jika saluran itu lebih daripada satu, kita hendaklah menyenaraikan penama-penama yang harus dilalui. Ada dua cara menyusun senarai laluan ini: pertama, mengikut hierarki pangkat dan kedua, mengikut susunan penerima.

2.4.3 Kandungan Surat

Bahagian kandungan surat memuat tiga unsur: tajuk, kandungan surat dan penutup.

2.4.3.1 Sebelum Kandungan

Sebelum kandungan sebenar surat ialah kata sapaan. Biasanya, kata sapaan dicatatkan langkau dua baris di bawah baris akhir alamat penerima dan, dilangkau dua baris pula sebelum menurunkan tajuk surat.

2.4.3.2 Tajuk Surat

Surat rasmi seharusnya mempunyai tajuk surat. Tajuk surat ditulis mendahului kandungan surat, dan mengikuti rujukan hormat penerima. Tajuk surat mencerminkan isi kandungan surat; ringkas dan padat.
Tajuk tidak perlu diakhiri dengan noktah. Tajuk surat digarisbawahi dan boleh dalam huruf besar atau huruf besar/kecil. Dalam perkembangan moden, (menggunakan komputer) tajuk biasa juga dicetak hitam.

2.4.3.3 Kandungan Surat

Kandungan surat ialah maklumat, berita dan segala sesuatu yang ingin disampaikan pengirim kepada penerima. Kandungan dapat disusun dalam beberapa perenggan,
mengikut kesesuaian. Penyampaiannya harus jelas dan memuat hanya maklumat penting yang berkaitan.

Lazimnya, perenggan-perenggan kandungan dinombori bagi memudahkan rujukan. Bagaimanapun, secara konvensinya perenggan pertama dan terakhir tidak dinombori.

2.4.3.3.1 Subperenggan

Ada kalanya maklumat yang termuat dalam perenggan perlu dipecah-pecahkan ke dalam subperenggan. Subperenggan boleh dipecah-pecahkan dengan memberinya nombor pecahan. Misalnya, 2.1, 2.2, 2.3 dan seterusnya untuk perenggan dua, dan 3.1, 3.2, 3.3 dan seterusnya untuk perenggan tiga. Bagaimanapun, jika sistem ini tidak mahu diikuti, maka kita boleh memisahkan perenggan menggunakan sistem penomboran yang lain, misalnya, menggunakan nombor roman, i, ii, iii dan seterusnya sama ada roman besar mahupun roman kecil, atau kita boleh menggunakan abjad a, b, c dan seterusnya.

2.4.3.4 Penutup Surat

Surat rasmi lazimnya ditutup dengan memasukkan maklumat berkaitan dengan arahan, syarat dan seumpamanya. Lazimnya, surat-surat rasmi daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi dan seumpamanya diakhiri dengan ungkapan-ungkapan tertentu seperti:

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, CINTAILAH BAHASA KITA, dan seumpamanya.

2.4.4 Hujung Surat

Bahagian ini memuatkan maklumat tentang pengirim, iaitu tandatangan pengirim, nama dan gelaran (jawatan) rasmi pengirim. Di samping itu, hujung surat juga memuat maklumat tambahan, jika perlu.

2.4.4.1 Sebelum Tandatangan

Lazimnya, di bawah ungkapan rasmi diturunkan ungkapan hormat penanda tangan seperti Yang benar, Salam Hormat, Saya yang menurut perintah dan lain-lain lagi.

2.4.4.2 Tandatangan dan Nama Pengirim

Biasanya, dalam jabatan kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, institusi kewangan dan seumpamanya, surat ditandatangani atas nama ketua eksekutif.

Bagaimanapun, tidak semua surat ditandatangani oleh ketua eksekutif. Ada pegawai-pegawai tertentu yang dibenarkan menandatangani surat, mengikut kepentingan dan hierarki, dan sebagainya.

Penama yang mendapat kebenaran menandatangani surat mencatatkan namanya pada bahagian bawah tandatangannya. Di bawah namanya, diturunkan gelaran (jawatan rasminya diikuti dengan kependekan b.p. (bagi pihak) dan jawatan rasmi ketua eksekutif jabatan tersebut.

2.5. SUASANA SURAT RASMI

Suasana yang dibawa oleh surat rasmi adalah formal atau tak bersahaja. Untuk itu terbina satu gaya atau laras bahasa yang tersendiri. Ada beberapa gaya dan laras bahasa bagi mengungkapkan sesuatu secara khusus untuk menyatakan sesuatu maksud. Oleh hal yang demikian, terbina peraturan khusus untuk beberapa aspek bahasa seperti penggunaan ganti nama diri, penanda tertentu dan sebagainya.

2.5.1 Penggunaan Ganti Nama Diri

Kata ganti diri atau ganti nama ada banyak, tetapi dalam surat rasmi, kita menggunakan beberapa antaranya sahaja.

2.5.1.1 Kata Ganti Diri Pertama

Kata ganti diri orang pertama yang sesuai digunakan dalam surat rasmi ialah saya untuk tunggal dan kami untuk jamak. Bagaimanapun, jika surat ditujukan kepada raja pemerintah seperti D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan, dan sebagainya digunakan nama orang pertama yang sesuai, iaitu patik. Akan tetapi, bagi orang bergelar raja, tetapi bukan pemerintah negeri, digunakan ganti nama orang pertama biasa: saya, kami dan lain-lain yang sesuai dengan jawatannya.

2.5.1.2 Kata Ganti Diri Ketiga

Kata ganti diri kedua yang sesuai untuk surat rasmi ialah tuan dan puan, menurut kesesuaian. Untuk ini, kita tidak membezakan wanita berkahwin dengan wanita bujang; kedua-duanya dirujuk dengan ganti nama kedua puan.
Bagaimanapun, jika penerima surat orang bergelar, maka lebih wajar jika kita menggunakan gelarannya sebagai ganti nama orang kedua.

Berhubung dengan ini, ada cara panggilan hormat yang harus dicatatkan, mendahului gelar dan/atau namanya seperti yang berikut:

a. Raja pemerintah: Duli Yang Maha Mulia,

b. Orang Kenamaan: Yang Berbahagia,

c. Perdana Menteri/Ketua Menteri/Menteri Besar: Yang Amat Berhormat,

d. Wakil Rakyat/Senator/Setiausaha Kerajaan Negeri/ Penasihat Undang-Undang Negeri; Yang Berhormat, (jika raja, Yang Berhormat Mulia),

e. Yang Dipertua Negeri/Duta Besar: Tuan Yang Terutama,

f. Ketua Hakim Negara: Yang Amat Arif,

g. Hakim: Yang Arif, (jika raja, Yang Arif Mulia),

h. Orang biasa: Tuan/Puan.

2.5.1.3 Kata Ganti Diri Ketiga

Dalam surat rasmi, rujukan orang ketiga tidak rumit. Ganti nama yang sesuai ialah beliau. Kata dia dapat juga digunakan, akan tetapi, penggunaannya dianggap kurang sopan. Raja pemerintah dan seumpamanya sebagai orang ketiga dirujuk sebagai baginda, bersama atau tanpa kata tuanku, seri paduka dan seumpamanya.
2.5.2 Ungkapan Khusus

Dalam surat-menyurat terdapat ungkapan yang bagaikan khusus bentuknya, hingga dapat membentuk gaya atau laras bahasa persuratan rasmi. Semua ini menjadi penanda dilihat daripada beberapa kelompok.

2.5.2.1 Penanda Rujukan

Penanda rujukan diwujudkan oleh ungkapan yang merujuk kembali perkara yang sudah berlaku atau disebut, mungkin secara langsung mahupun secara tidak langsung, seperti:

a. Merujuk (perkara yang tersebut di atas…)
b. Berhubung dengan (perenggan 2. Surat tuan….)
c. Sehubungan dengan (permohonan tuan untuk.....)
d. Berkenaan dengan (maklumat tersebut…..)
e. Menurut (pendapat yang dikemukakan…)
f. Menurut (aturan yang ditetapkan….)
g. dan lain-lain.

Selain ini, kita dapat menggunakan ayat lengkap. Misalnya:

a. Sukacita saya merujuk perkara yang tersebut di atas.
b. Percakapan kita tempoh hari dirujuk.

2.5.2.2 Penanda Penyertaan

Ungkapan ini memberi semacam tanda bahawa disertakan sesuatu dengan surat berkaitan, misalnya:

a. Bersama-sama ini (disertakan….),
b. Dengan ini (saya lampirkan…)


2.5.2.3 Penanda Pemakluman

a. Dimaklumkan bahawa…
b. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa…
c. Sukacita/dukacita dimaklumkan bahawa…
d. Seperti yang sedia tuan/puan maklumi bahawa…
e. Sukacita saya memaklumi tuan bahawa…
f. Sukacita saya memaklumkan bahawa…

2.5.2.4 Penanda Sebab-Musabab

Penanda sebab musabab berfungsi menimbulkan perkaitan peristiwa. Antara ungkapan yang lazim:

a. Berhubung dengan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Beijing, jabatan ini merancang mengikut sertakan dua orang wakil.

b. Oleh sebab 15 hari bulan hari Ahad, maka cuti am diganti pada hari Isnin, 16 hari bulan.

c. Atas kerjasama tuan (Oleh sebab tuan memberikan kerjasama), kami mengucapkan terima kasih banyak.

2.5.2.5 Penanda Perintah
Dalam surat rasmi, ungkapan perintah dapat dilihat dari dua sudut:

1. Perintah Hormat dapat diungkapkan dengan menggunakan ungkapan yang membawa maksud harapan, nasihat dan permohonan.

i. Perintah Hormat Harapan, seperti:
a. Saya harap tuan maklum bahawa…


b. Kami mengharapkan bahawa…
c. Perkara itu menjadi harapan kami bahawa…

ii. Perintah Hormat Nasihat, seperti:
a. Tuan dinasihati supaya…
b. Sukacita saya menasihati tuan…

iii Perintah Hormat Permohonan, seperti:
a. Tuan diminta mengemukakan…
b. Sukacita kami meminta tuan melaporkan diri,
c. Sila sampaikan borang tuan…

2. Perintah Kurang Hormat, yang menggunakan ungkapan yang ditandai kata arahan seperti:
a. Saya telah diarahkan supaya memberitahu tuan…
b. Tuan diingatkan bahawa…
c. Puan dikehendaki melaporkan diri…

2.5.2.6 Penanda Matlamat

Penanda jenis ini menunjukkan adanya matlamat atau tujuan yang hendak dicapai. Ungkapan yang menjalankan tugas ini biasanya bermula dengan kata “untuk”, seperti berikut:

a. Untuk tujuan…
b. Untuk makluman dan tindakan tuan…
c. Untuk makluman puan…
d. Untuk pertimbangan tuan…


2.5.2.7 Penanda Perwakilan

Ungkapan jenis ini diwujudkan untuk menyatakan bahawa surat tersebut ditulis bagi pihak atau ditulis sebagai wakil. Misalnya:

a. Bagi pihak rakan-rakan sejawatan dan diri saya sendiri, saya…
b. Saya, bagi pihak Pengarah, merakamkan penghargaan…

2.5.2.8 Penanda Pendapat

Umumnya, ungkapan yang menunjukkan pendapat ditandai oleh kata-kata seperti pendapat, fikiran, hemat, pandangan dan seumpamanya. Contohnya:

a. Pada pendapat saya, …
b. Pada fikiran kami, …
c. Kami berpandangan bahawa, …
d. Pada hemat kami, …

2.5.2.9 Penanda Sambungan

Ungkapan yang sering digunakan sebagai penanda sambungan termasuklah:

a. Sebagai lanjutan kepada surat saya …
b. Berikutan daripada percakapan telefon antara …

2.5.2.10 Penanda Sikap

Ada dua bentuk sikap: positif dan negatif.

1. Penanda Sikap Positif
Sikap positif dapat ditandai dengan ungkapan-ungkapan penghargaan, pernyataan kesanggupan, persetujuan dan seumpamanya.

Contohnya:
a. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana …
b. Kerjasama tuan itu sangat kami hargai.
c. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan …
d. Kami tidak keberatan membantu …
e. Saya bersetuju membenarkan tuan …

2.2. Penanda Sikap Negatif

Sikap negatif ditandai dengan ungkapan-ungkapan yang berbentuk kesal, enggan dan seumpamanya seperti:

a. Dukacita dimaklumkan bahawa tuan …
b. Kejadian itu sangat dikesali …
c. Kami keberatan menerima cadangan tuan …
d. Saya memandang berat kejadian itu …

2.5.2.11 Penanda Jangkaan

Ada kalanya kita membuat andaian terhadap sesuatu. Untuk itu, kita tandai dengan ungkapan yang menunjukkan adanya andaian atau antisipasi seperti:

a. Segala kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan …


2.5.2.12 Penanda Penamat

Penanda penamat ialah ungkapan yang menandai bahawa surat akan berakhir. Misalnya:

a. Sekian untuk makluman dan perhatian tuan.


2.5.3 Struktur Ayat

Surat rasmi memperlihatkan struktur ayat tertentu. Biasanya, ayat pasif lebih disukai dalam surat rasmi. Ada beberapa kemungkinan mengapa hal ini berlaku.

Pertama, dalam ayat pasif, pelaku perbuatan boleh tidak disebut. Ini memungkinkan surat bersifat tidak peribadi, terutamanya dalam suasana perintah.

Kedua, ayat pasif mendahulukan dan mementingkan objek. Ini dapat mengarahkan perhatian penerima surat kepada persoalan yang dibawa.

2.5.4 Bahasa Akhir Surat

Umumnya, akhiran surat memadai dengan ungkapan:

a. Sekian.
b. Sekian, terima kasih.
c. Sekian, kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
d. Sekian, semoga mendapat tindak balas yang positif. Terima kasih.


2.6. KESIMPULAN

Surat rasmi mempunyai gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Suasana yang ditimbulkan ialah suasana formal, baik secara peribadi mahupun secara tidak peribadi,yang secara sengaja menunjukkan adanya jarak antara pengirim dengan penerima. Umumnya, laras bahasa surat rasmi ditandai oleh penanda-penanda wacana tertentu.

Jika diteliti, terlihat betapa adanya unsur laras bahasa Inggeris dalam laras bahasa surat rasmi dalam bahasa Melayu. Ini semua hasil terjemahan dan pengaruh daripada bahasa Inggeris. Ada antaranya sesuai dengan struktur bahasa Melayu sementara sebahagian besarnya tidak. Oleh itu, wajarlah dicuba menulis surat rasmi mengikut struktur bahasa Melayu demi menimbulkan laras bahasa surat rasmi dalam bahasa Melayu.

11 June 2010

SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM

Salam..

Selamat menjalani praktikum Fasa 2 kepada rakan seperjuanganku..
Didoakan agar dimudahkan segala urusan..

09 June 2010

REFLEKSI TUGASAN BLOG

REFLEKSI
NAMA : MOHD ISMAIL BIN SULAIMAN

Dalam usaha menyiapkan tugasan ini saya memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T dengan rahmat dan nikmat yang diberikan. Alhamdulillah berkat usaha yang gigih serta bantuan pensyarah pembimbing akhirnya tugasan membuat blog sendiri tercapai dengan jayanya. Saya berdebar-debar apabila mendapat tugasan ini dan tertanya-tanya adakah saya mampu membuatnya dengan baik kerana tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Setelah banyak meneroka dan mencuba saya berasa seronok membuatnya lebih bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini.

PERKARA YANG BOLEH SAYA PERBAIKI
Banyak perkara yang boleh saya perbaiki hasil pembelajaran daripada tugasan ini. Saya harus menambahkan lagi pengetahuan dan masih terlalu banyak perkara yang saya belum terokai dan ketahui. Terutamanya di bahagian memuat turun dan menyusun data supaya kemas dan mesra pengguna. Saya harus memperbaiki cara penyampaian supaya pengguna mudah faham dan boleh menggunakan aplikasi yang disediakan tanpa sebarang kekeliruan atau masalah lain.

KEKANGAN ATAU CABARAN
Masalah yang agak rumit juga bagi saya untuk mendapatkan video. Ini kerana video yang saya muat turun menggunakan perisian yang berbeza. Sama juga ketika saya ingin meletakkan audio dalam blog. Setelah mencuba dengan kaedah cuba jaya akhirnya terhasil juga walaupun tidak begitu baik. Sememangnya lazim jika terdapat cabaran yang dilalui. Namun mujurlah ada pensyarah pembimbing unit kami yang telah banyak membantu. Beliau sentiasa meluangkan masa untuk saya dan rakan-rakan bagi menghuraikan kekusutan yang kami alami. Bagi memastikan aplikasi ini benar-benar sesuai saya harus menitikberatkan pada bahagian bagaimana blog ini dapat membantu untuk pembelajaran.

PERSEDIAAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Banyak persediaan dan penambahbaikan yang dilakukan dan alhamdulillah segala masalah dapat diatasi dengan baik. Bermacam-macam perasaan yang saya alami semasa menyelesaikan tugasan ini. Apabila terpaksa melalui masalah-masalah yang rumit tentu sahaja hati berasa sungguh bimbang dan sedih. Namun apabila telah diajarkan cara yang betul dan pensyarah pula menarik minat saya dengan menunjukkan contoh-contoh aplikasi lain hati mula berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini. Apa yang diharapkan semoga ianya tidak disalah gunakan oleh pengguna di luar sana.

KEFAHAMAN BARU,KESEDARAN DAN PERASAAN
Sebelum membuat aplikasi multimedia ini Tuan Dr. Haji Kamarudin bin Hj. Abu Hassan telah menyediakan satu jadual yang sangat bersistem agar tugasan yang akan kami lakukan nanti lebih tersusun. Di sini saya mendapat pengajaran dan kesedaran yang sangat berharga. Setiap apa yang kita ingin lakukan haruslah mempunyai jadual penyusunan yang baik. Jadual itu pula mestilah dipatuhi maka kita akan dapat memudahkan kerja kita. Ianya tidak akan menjadi kelam kabut dan juga dapat mengelakkan ralat-ralat yang tidak diingini. Saya telah berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menyiapkan aplikasi ini. Seterusnya saya bertawakal kepada Yang Esa. Semoga aplikasi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua terutamanya kepada golongan sasaran.

03 June 2010

TOPIK PEMBELAJARAN ANDA

Salam pertemuan. Kepada semua pengunjung laman blog ini, saya akan membuat pautan ke beberapa tajuk pembelajaran dan anda boleh terus klik pada butang animasi di sebelah kanan blog ini atau klik pada pautan di bawah untuk ke tajuk seterusnya. Semoga hasil kecil yang murni ini akan dimanfaatkan sebaiknya.

Topik pembelajaran anda :

1.Struktur Kata
2.Golongan Kata
3.Bentuk Kata

02 June 2010

TEKNIK MEMASUKKAN AUDIO

Salam kembali kepada pengunjung blog ini. Buat pertama kalinya saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang bagaimana hendak memsukkan audio di dalam blog. Wah, saya memang dah cuba macam-mcam tetapi terlalu teknikal.Jika ada idea yang ingin disumbangkan bolehlah menulis komen di blog ini.

Apa pun di sini saya telah mencuba beberapa teknik yang saya belajar daripada rakan blog yang lain antaranya seperti berikut :
(audio 'shutdown' komputer)








DEFINISI STRUKTUR KATA

STRUKTUR KATA

1. Definisi

Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa bermakna. Struktur kata juga ialah kata tunggal bahasa melayu yang mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Struktur kata dibahagikan kepada dua bahagian :

a) Pola suku kata terbuka
Contoh : bola, buku dan pusaka.


b) Pola suku kata tertutup
Contoh : kamus, rapat dan ketupat.

2. Struktur suku kata ada 11 jenis di mana 4 berasal daripada bahasa melayu manakala 7 daripadanya pinjaman bahasa asing.

3. Struktur suku kata yang asli berserta contohnya,

1) v - Aku
2) vk - Amboi
3) kv - Tari
4) kvk- Kompang

4. Struktur suku kata pinjaman daripada bahasa asing berserta contohnya,

1) kkv - Pro- Malaysia
2) kkvk- Praktis
3) vkk - Inspirasi
4) kvkk - Konteks
5) kkvkk - Kompleks
6) kkkv - Strategi
7) kkkvk - Struktur

DEFINISI GOLONGAN KATA

GOLONGAN KATA

Definisi
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :

- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Adjektif / Sifat
- Kata Tugas


KATA NAMA

Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.

Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :

a) Kata Nama Khas

- kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.

i) Kata Nama Khas Hidup Manusia – contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul Razak

ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia – contoh : Tompok, Si Belang, Jalak, Jibrail

iii) Kata Nama Khas Tidak Hidup – Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.

b) Kata Nama Am

- Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.

i) Kata Nama Am Abstrak – jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi.

ii) Kata Nama Am Konkrit – kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.

c) Kata Ganti Nama

i) Kata ganti nama tunjuk
- kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda
- ada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini (merujuk kepada benda yang dekat)

ii) Kata ganti nama diri – kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada:
- Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfingsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia.
- Terdapat tiga bentuk :
- Siapa  merujuk kepada orang
- Apa  merujuk kepada benda atau perkara
- Mana  merujuk kepada benda

- Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori :

- orang pertama  saya, aku, beta, patik, kita
- orang kedua  saudara, kamu, awak, engkau, anda
- orang ketiga  ia, dia, beliau, mereka, nya.


KATA KERJA

Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:

1) Kata Kerja Transitif :
a) Kata Kerja Transitif Aktif
b) Kata Kerja Transitif Pasif

2) Kata Kerja Tak Transitif :
a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
b) Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama.
Contoh :
- Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan ‘men’ dengan atau tanpa akhiran ‘kan’ atau ‘i’.

Contoh :
- Mastura mencuci pakaian di dalam bilik air

Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan mewujudkan kata kerja transitif pasif.

Contoh :
- Pakaian dicuci oleh Mastura.

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan awalan.

Contoh :
- terbang, tidur, berlari, berenang.

Kata kerja transitif berpelengkap bermaksud kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

Contoh :
- Ali duduk sejak tadi.
- Kakak duduk di atas kerusi




KATA SIFAT / ADJEKTIF

Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

1) Kata Sifat Keadaan
- memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan.
Contoh : orang jahat, budak pintar

2) Kata Sifat Warna
- membawa makna warna untuk menerangkan kata nama.
Contoh : langit biru, bibir merah.

3) Kata Sifat Ukuran
- menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek

4) Kata Sifat Bentuk
- menerangkan mengenai bentuk kata nama.
Contoh : jalan bengkok, mata bulat

5) Kata Sifat Jarak
- menerangkan kata nama dari segi ruang.
Contoh : jalan pintas, kawan jauh.

6) Kata Sifat Waktu
- memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contoh : makanan segera, rumah baru

7) Kata Sifat Cara
- membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat

8) Kata Sifat Perasaan.
- memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama.
Contoh : suka akan, penuh ragu

9) Kata Sifat Pancaindera
- terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh : makanan lazat (konsep rasa)

KATA TUGAS

Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.
Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :

- kata hubung - kata penegas
- kata tanya - kata nafi
- kata seru - kata pemeri
- kata perintah - kata sendi nama
- kata pembenar - kata arah
- kata pangkal ayat - kata bilangan
- kata bantu - kata penekan
- kata penguat - kata pembenda

DEFINISI BENTUK KATA

BENTUK KATA

Bentuk kata terdiri daridada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti :

1. Kata Tunggal
2. Kata Terbitan
3. Kata Majmuk
4. Kata Gandaan

Contoh Pembentukkan Kata Tunggal

1. Bentuk kata tunggal merangkumi akronim
2. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk hasil gabungan huruf awal, suku kata atau kombinasi huruf awal dan suku kata rangkai kata yang di tulis dan disebut sebagai satu perkataan

3. Contoh satu suku kata: am, had, rak,wang, krim, srru, golf
4. Contoh dua suku kata : dia, suka, akan, bulat, buah
5. Contoh tiga suku kata : bahaya, cahaya, gembira
Contoh Pembentukan Kata Terbitan

1. Kata terbitan berawalan. Contoh : ber + lari = berlari
2. Kata terbitan berakhiran. Contoh : makan + -an = makanan
3. Kata terbiatan berapitan. Contoh : ber- + kenal + -an = berkenalan
4. Kata terbitan bersisipan. Contoh : j + -er- + ejar = jerejak

Contoh Pembentukan Kata Majmuk

1. Dihasilkan melalui proses yang menerangkaikan dua kata pasar atau lebih yang membawa makna tertentu
2. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah
3. Contoh : beg tangan berbeza makna daripada beg dan tangan

Contoh Pembentukan Kata Ganda

1. Dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar
2. Satu proses menggandakan perkataan itu seluruh, sebahagian daripadanya atau secara berentak
3. Penggandaan penuh. Contoh ; buku-buku, pelawat-pelawat
4. Penggandaan separa. Contoh : jari – jajari – jejari
5. Penggandaan berentak. Contoh : anak-anak, asal-usul, cerdik-pandai

23 May 2010

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

PENDAHULUAN

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan. Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........

"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.




PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.



KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.



PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.


Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"

Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

"If you can't see it, you can't have it".

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.

1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.


PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;

Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.



PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang
mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.



MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN

Saya tidak tahu dimana patut bermula.

Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh
guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda.


Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.

Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik. Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci.


Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya.

Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan. Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan.


Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya.

Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:

Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.
Gunakan Teknik Ceraian.
Gunakan Teknik Mnemonik.
Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama
anda kemana sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kad-
kad ini.



Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya.

Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis, tanyakan soalan-soalan seperti:

Bila Melaka diserang?
Kenapa Melaka diserang?
Siapa yang menyerang?
Bagaimana Melaka diserang?


Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.

Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:

Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikan perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut. Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan yang ada. Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan). Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta konsep bagi menyusun bahan-bahan yang ada perkaitan. Misalnya kalau anda sedang membaca sejarah tentang perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang semua negara yang terlibat. Kemudian senarai isu penting atau peristiwa penting disebelah carta tersebut. Anda mungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini dengan negara-negara tersebut berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas mereka.


Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?

Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.

Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami. Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggil semula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal. Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi ingatan anda. Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa. Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan peperiksaan.


Anda suka belajar disaat-saat akhir.

Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.



BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN


Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul. Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang
hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakuka yang terbaik.

Bersedia untuk belajar

Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti.

Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM. Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah.

Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit. Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran.


Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan

Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian.

Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.

Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik.

Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.

Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin
terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.


Mengingati Tajuk

Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.


Buatkan Nota

Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara belajar begini bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan peperiksaan semakin hampir.

Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaik ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta penting yang tertinggal.

Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal. Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.







Latih diri anda untuk peperiksaan

Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otot-otot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Mereka yang mahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan. Anda perlu melatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.


Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:

1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan
tepat.

2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.

3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.

4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang
berkesan.


1. Latih mengeluarkan maklumat

Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:

 Menjawab soalan-soalan;
 Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
 Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
 Mengadakan perbincangan dengan rakan;
 Menyediakan kad imbasan kecil.
 Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
 Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.


2. Hadkan masa menjawab

Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.

Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan.


3. Anggap seperti peperiksaan sebenar

Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan (lihat di bawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.


4. Strategi menjawab soalan

Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.

Langkah-langkah berikut dapat membantu:

1.Baca arahan terlebih dahulu.
2.Baca arahan terlebih dahulu.
3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:

 Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.

 Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan.

 Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.

 Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.

 Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.


Mencari sebab (post-mortem)

Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan. Setelah anda selesai membuat latiha ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat. Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:

 Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
 Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaguru atau rakan.
 Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.
 Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan di atas.
 Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak diulangi.




Jangan buang masa

Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.

Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi mengulangkaji.

Psikologi Peperiksaan

Thu 31 Aug 2006
Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Posted by Osman Affan under Psikologi Peperiksaan

Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.

Hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan mencari ‘masa aktif’.

Salah satu sebab anda merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa…. TERTEKAN!

Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif? maksud, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari. Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi, kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’ anda itu.

Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu berhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pasa waktu siang. Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.

Selamat mencuba. :)

HALA TUJU ANDA SELEPAS SPM

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN KERJAYA & MENGURUSKAN PERMOHONAN KE IPTA/IPTS

1. PEMILIHAN KURSUS KE IPT YANG BERPADANAN DENGAN RESULT PEPERIKSAAN PELAJAR
2. PEMILIHAN KURSUS BERTARAF DIPLOMA/IJAZAH/MASTERS YANG BERSESUAIAN DENGAN PELAJAR
3. PERKHIDMATAN MENGURUSKAN PERMOHONAN KE IPTA (UPU)/INSTITUT KEMAHIRAN MARA DAN PUSAT-PUSAT PENGAJIAN MARA /INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN LAIN-LAIN
4. PERKHIDMATAN PERUNDINGAN BAGI HALA TUJU PELAJAR LEPASAN UPSR/PMR/SPM/STPM/UNIVERSITI

KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM)

KURSUS-KURSUS DI IPG

1. NAMA PROGRAM : SEMUA KURSUS PERSEDIAAN
TEMPOH : 1 1/2 TAHUN HINGGA 2 TAHUN
ELAUN : RM430 SEBULAN & PENGINAPAN DISEDIAKAN IPG (BERKUATKUASA SEM
1 2007) DIBAYAR DARI TARIKH MENDAFTAR SEHINGGA BULAN TERAKHIR
SEBELUM PELAJAR MELAPOR DIRI UNTUK PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN (PISMP)

2. NAMA PROGRAM : PISMP (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KELUARAN IPG/KPM
TEMPOH : 4 TAHUN
ELAUN : RM8400 SETAHUN BAGI KADAR A (IPG KADAR A) RM7140 SETAHUN BAGI KADAR B (IPG KADAR B) DIBAYAR MENGIKUT SEMESTER IAITU 2 KALI SETAHUN BERKUATKUASA SEMESTER 1 SESI 2007.

3. NAMA PROGRAM : PROGRAM IJAZAH BERKEMBAR B.ED TESL DENGAN IPTA
TEMPOH : 4 TAHUN (PROGRAM 2(IPG)+2(IPTA) DAN 1(IPG)+2(IPTA)+1(IPG)
ELAUN : RM8400 KADAR A RM7140 KADAR B DIBAYAR 2 KALI SETAHUN MENGIKUT SEMESTER BERKUATKUASA SEM 1 2007.

ELAUN-ELAUN LAIN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI SEMUA INSTITUT PENDIDIKAN GURU

1. ELAUN BUKU : BIDANG SAINS/SASTERA/TEKNOLOGI/SENIBINA KADAR RM600 SEKALI SETAHUN
2. ELAUN ALAT PERKAKAS : BIDANG SAINS RM200/SASTERA RM100 TEKNOLOGI RM300/SENIBINA RM500 SEKALI SETAHUN
3. ELAUN TESIS : BIDANG SAINS/SASTERA/TEKNOLOGI/SENIBINA KADAR RM300 SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN
4. ELAUN KERTAS PROJEK : BIDANG SAINS/SASTERA/TEKNOLOGI/SENIBINA KADAR RM150 SEKALI SETAHUN
5. ELAUN PRAKTIKUM : RM10 SEHARI MAKSIMUM 90 HARI SEPANJANG PENGAJIAN

NOTA : PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG DAN TARIKH TUTUP PADA 28 MAC 2010 UNTUK AMBILAN JUN 2010

Ikhsan daripada : http://www.kaunselingkerjaya.com

16 May 2010

Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru Semua..

12 May 2010

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum..

Makluman kepada rakan kelas PM1 & PM2 bahawa peperiksaan untuk semester 4 PN (THT) & BM (OBT) akan diadakan pada minggu ke-2 interaksi pada kali ini. Diharap semua sudah bersedia.

Sila sediakan juga RPH terbaik anda pada sesi praktikum yang lepas beserta refleksi untuk Kerja Kursus Pendek (KKP) mata pelajaran Ilmu Pendidikan.Tugasan adalah secara individu dan perlu dihantar segera.

Maklumat ini telah disampaikan oleh Pn. Halimatussa'diah kepada saya. Jika terdapat kemusykilan terus hubungi beliau untuk penjelasan lebih lanjut. Terima kasih, wassalam.

20 April 2010

RSS FEED




Assalamu’alaikum..

Feedburner adalah sebuah website yang menyediakan servis penyuapan berita (feed news) yang mana telah dilancarkan pada tahun 2004. Ia menyediakan RSS feed yang boleh diubah suai dan juga alat-alat yang boleh digunakan oleh Blogger, Podcaster dan pembina-pembina laman web lain yang berkaitan. Jika anda perhatikan kepada banyak laman web dan blog, anda akan jumpa butang RSS feed ini yang mana didapati dalam berbagai bentuk dan saiz terpulang kepada orang yang meletaknya tu.
Apakah fungsi RSS feed ini? RSS (Really Simple Syndication) ini adalah salah satu jenis web feed yang memboleh kan kita membaca artikel-artikel dari laman web atau blog secara terkini. Kita boleh melanggannya dengan memasukkan pautan (link) feed ke dalam pembaca feed atau juga boleh mengklik butang RSS feed itu pada laman web yang menyediakannya (anda boleh melihat contoh pada sebelah kanan laman ini, logo yang berwarna merah itulah dia salah satu butang RSS feed) dan memilih pembaca suapan (feed reader) atau aggregator mana yang kita hendak guna. Feed reader atau aggregator itu adalah software untuk membaca RSS feed ini.
.
Antara jenis-jenis Aggregator / pembaca feed yang boleh digunakan:

Aggregator berdasarkan web – Ianya adalah servis yang disediakan oleh server yang menguruskannya secara online tanpa kita perlu install apa-apa. Antara contoh Aggregator berdasarkan web adalah Google Reader, ExciteMix, Blogline dan sebagainya.

Aggregator perisian klien (client software) – Ini adalah perisian untuk membaca feed yang perlu diinstall pada PC kita. Kita boleh membaca RSS feed tanpa perlu membuka pelayar web dan adakalanya boleh dilihat pada desktop secara terus pada sidebar windows (jika kita install sidebar pada windows). Antara jenis2 perisian ini ;

* Akregator (KDE/Linux)
* AmphetaDesk (cross-platform)
* BlogBridge (cross-platform)
* Feedview, a Firefox extension (cross-platform)
* FeedDemon (Windows)
* Hubdog (Windows Mobile)
* Liferea (Linux)
* Mozilla Thunderbird (cross-platform)
* Microsoft Outlook 2007 (Windows)
* Internet Explorer 7 (Windows)
* NetNewsWire (Mac OS)
* NewsAccess (Mac OS)
* NewsBreak (Windows Mobile)
* NewsFire (Mac OS)
* Opera (cross-platform)
* RSSOwl (cross-platform)
* Sage, a Firefox extension (cross-platform)
* SharpReader (Windows)
* Shrook (Mac OS)
* Thinfeeder (cross-platform)
* Vienna (Mac OS)
* Windows Live Mail (Windows)

Aggregator media – Adakalanya dipanggil “Podcatcher” kerana diambil dari satu nama yang amat popular iaitu Podcast. Ini biasanya merujuk kepada web feed yang mengandungi audio dan video. Aggregator media ini sendiri pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu berdasarkan web, perisian klien dan mobile phone.

Berdasarkan web – Seperti Bloglines.

Perisian klien -

* Amarok (KDE/Linux)
* Canola (embedded Linux)
* iTunes (Mac, Windows)
* Juice (software) (Mac, Windows, Linux)
* MediaMonkey (Windows)
* Rhythmbox (GNOME/Linux)

Antara kelebihan guna RSS feed ini, kita boleh melanggan posting dari sesebuah laman web untuk mendapatkan artikel terkini tanpa perlu memberikan email kita, dan kita boleh bila-bila masa membatalkannya dengan memilih unsubscribe (batal langganan). Ini kerana kebanyakan kaedah lain, untuk melanggan artikel-artikel mereka kita perlu sertakan email dan sebagainya. Dan ianya dapat memberikan bebanan kepada email kita untuk menerima lebih banyak email.
.
Isy7, saya pada mulanya nak cerita pasal Feedburner sahaja, tapi dah melalut pada RSS feed dan sedara maranya la pulak. Tapi tak apa, semua tu ada kaitan dengan Feedburner, dan anggap lah itu sebagai asas pengetahuan kita tentang perkara ini.

Walau apa pun, apa yang penting nak saya beritahu di sini, bagi seorang blogger, buka lah satu akaun dengan Feedburner , percuma sahaja dan letakkan butang langgan Feedburner pada blog anda. Ini adalah untuk memudahkan pembaca-pembaca anda mengetahui perkembangan terkini posting pada blog anda dengan membaca RSS feed dari pembaca feed mana yang mereka suka. Sekurang-kurangnya ia dapat menjalinkan hubungan antara anda dengan pembaca anda dengan baik dan memberikan kemudahan pada pembaca.


Dan di sini juga saya mahu berkongsi satu kelebihan yang kita boleh peroleh dari feedburner. Sebenarnya terlalu banyak kelebihan menggunakan Feedburner, cuma kali ini saya akan menceritakan tentang satu kelebihan ini. Setelah anda mempunyai akaun Feedburner, apa yang sebaiknya anda lakukan ialah submit semua blog anda pada feedburner dan anda boleh monitor perkembangan blog anda di dalamnya. Feedburner ada servis terbaru yang amat berharga pada blogger (pembina blog) iaitu auto ping pada servis2 yang kita mahu. Untuk memilih setting ini;

- Pergi ke Tab Publicize.
- Turn on servis Pingshot , anda boleh memilih servis yang telah disenaraikan seperti Technorati, My Yahoo, Bloglines dan anda juga boleh menambah servis2 lain untuk anda ping.

Kenapa perlu kita lakukan setting ini? Ini adalah kerana apabila anda setting Pingshot ini aktif, maka secara automatik lain kali setelah anda post pada blog anda, servis ini akan secara automatik akan lakukan proses Ping kepada servis-servis yang berkaitan. maka anda tidak perlu lagi melakukan proses ping ini secara manual. Boleh jimat masa kan?

Ok cukup setakat ini dulu pasal Feedburner dan asas-asas RSS feed. InsyaAllah lain kali sambung lagi. Wassalam..

(maklumat ini ihsan daripada http://hikmatun.wordpress.com)

28 February 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 3

Assalamualaikum..

Selamat bertemu kembali. Ingin dimaklumkan di sini bahawa keputusan peperiksaan semester 3 boleh didapati di laman web berikut : www.ippm.edu.my/keputusan/login.php Tahniah kepada yang berjaya. Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan IPG kerana memudahkan urusan dalam segala hal lebih-lebih lagi penggunaan internet sebagai sumber utama. Akhir sekali didoakan semoga maju jaya kepada rakan-rakan seperjuangan.

23 January 2010

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

Jenazah Almarhum Sultan Iskandar dibawa masuk ke kenderaan di Hospital Pakar Puteri untuk dibawa ke Istana Besar, Johor Bahru, sambil diperhatikan oleh kaum kerabat dan petugas istana, malam tadi. – utusan/Raja Jaafar Raja Ali

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

sumber : www.utusan.com.my

03 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010 & Maal Hijrah 1431

Selamat Tahun Baru dan Ma’al Hijrah diucapkan, semoga kedatangan ini akan menyemarakkan lagi perjuangan kita untuk memartabatkan Islam. Bersama-sama ini dipaparkan Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun, semoga ianya dapat dimanfaatkan.

Doa Akhir Tahun

(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Barang siapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini"



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan daripadaMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.