26 December 2009

CONTOH RPH PEND. ALAM SEKITAR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
SEKOLAH BESTARI – PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Tarikh : 24 Disember 2009
Masa : 60 Minit (8.30-9.30 pagi)
Tahun : 4 Berlian
Bilangan murid : 24 orang
Unit 11 : Lestari Alam
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Alam Ceria Kita Selesa

Hasil pembelajaran :
i. Fokus utama ,
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 1 ( i )
Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.



ii. Fokus sampingan ,

6.2 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 3 ( i )
Mengenal pasti dan menyatakan mesej penulis berdasarkan teks yang dibaca.

Objektif
Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menulis empat cadangan aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar daripada masalah pencemaran dalam bentuk peta minda berdasarkan maklumat yang diperoleh dari internet.

2. Membaca satu teks berkaitan alam sekitar dengan sebutan yang jelas mengikut gaya intonasi yang betul.

Penyerapan Tatabahasa :

1. Murid dapat mengecam dan menyenaraikan kata adjektif daripada teks yang dibaca dalam bentuk peta minda dengan tulisan yang cantik.

Sistem bahasa : Tatabahasa
i. Kata Adjektif

Pengisian kurikulum :
i. Ilmu :
Kajian Tempatan
Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

ii. Nilai Murni
a. Hemah tinggi
b. Bekerjasama
c. Semangat bermasyarakat
d. Cintai Alam Sekitar

iii. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
a. Kemahiran berfikir
i. Mentafsir
ii. Mengenal pasti sebab dan akibat
iii. Menjana idea

b. Kecerdasan pelbagai
i. Naturalis
ii. Interpersonal

c. kajian masa depan
i. Membuat ramalan

d. Pembelajaran kontekstual
i. Mengaitkan isu alam sekitar dengan pengalaman sedia ada

e. Belajar cara belajar
i. Mencari maklumat dari internet
ii. Sumbang saran

iv Pendekatan Bestari
a. Pembelajaran Berpusatkan Murid
b. Pembelajaran Berfikrah
c. Pembelajaran Berasaskan otak
d. Pembelajaran Berbantukan Teknologi ICT

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Set Induksi
(7 minit)Klip video dan Gambar-gambar berkaitan kesan pencemaran alam sekitar.
Murid melihat klip video dan meneliti gambar-gambar fenomena kesan pencemaran alam sekitar yang sebenar dan memberi respons.

ILMU :
-Kajian Tempatan
-Sains
-Pendidikan Alam Sekitar
-Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

ABM :
LCD/ Laptop

BBM :
i. Video tragedi kesan pencemaran alam sekitar .
ii. Gambar-gambar pencemaran alam sekitar.

KBT:
-Kemahiran berfikir
-Membuat rumusan

Langkah1
(4 minit)
Membaca teks pencemaran udara berkaitan pencemaran alam sekitar.

Murid membaca petikan secara mentalis untuk memahami tajuk yang dibincangkan.
BBM :
- Teks petikan daripada sumber Internet

KBT:
-Kemahiran membaca (mentalis)
-Kemahiran berfikir

Langkah 2
(12 minit)
Membaca teks pencemaran udara berkaitan pencemaran alam sekitar.
Beberapa orang murid dapat membaca teks secara mekanis dengan gaya intonasi yang jelas dan betuI serta mantap kemahiran lisannya.

ILMU :
-Kajian Tempatan
-Sains
-Pendidikan Alam Sekitar
-Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

BBM:
-Petikan dalam bahan edaran dari internet dan dipancarkan melalui LCD.

KBT:
-Kemahiran membaca (mekanis)

Langkah 3
(15 minit) - Menyenaraikan empat cadangan aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar.

Murid menyenaraikan empat cadangan aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar berpandukan teks dalam bentuk peta minda

BBM:
-Borang PG, Peta minda:
Cadangan contoh-contoh bentuk peta minda dipancarkan melalui LCD.

KBT:
i. Kemahiran berfikir
-menganalisis
-mencari maklumat
-membuat keputusan
ii. Kemahiran menulis
-Menulis Mekanis

Langkah 4
(10 minit Penyerapan Tatabahasa
-Kata Adjektif yang terdapat dalam petikan
- Menyenaraikan Kata Adjektif yang terdapat dalam petikan juga dalam bentuk peta minda dengan tulisan yang cantik
Sistem bahasa:
Penyerapan Tatabahasa

BBM:
-Borang PG

Langkah 5
(5 minit)
Rumusan pelajaran:
3 tips amalan gaya hidup sihat
Murid memberi tiga 3 tips amalan gaya hidup sihat secara lisan dan berbual tentang fenomena alam sekitar berdasarkan pengetahuan sedia ada.

KBT:
-Kajian masa depan

-Membuat ramalan
Pembelajaran kontekstual:

-Mengaitkan isu alam sekitar dengan pengalaman sedia ada

Penutup
(7 minit) Paparan you tube lagu “Hijau” nyanyian artis terkenal tanah air, Zainal Abidin. Murid menonton video yang dipaparkan dan memberi respons positif.
Penyerapan Nilai Murni:
- Hemah tinggi
- Bekerjasama
-Semangat bermasyarakat
-Cintai Alam Sekitar

2.0 TEKS BERTEMAKAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN UDARA
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahaan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka, manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.


Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
• Pencemaran Udara Primer
Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
• Pencemaran Udara Sekunder
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.
Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindak balas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksida asetil nitrat (PAN).
Jenis-jenis Bahan Pencemar
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran
Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
• Pelepasan asap kenderaan
• Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang asbestos/ simen/ bateri kereta
• Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
• Pembakaran hutan
• Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
• Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
• Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok.

Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran udara :
• Kesihatan terjejas
• Pertanian yang tidak produktif
• Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
• Mengotorkan persekitaran – habuk

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR
• A. Pameran Pencemaran Alam
• B. Kempen Melindungi Alam Sekitar
• C. Pertandingan
• D. Pendedahan Media Massa

1 comments:

Anonymous said...

sgt membantu cikgu..trima kaseh..:)

Post a Comment