Showing posts with label Rakan Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Rakan Kuliah. Show all posts

25 July 2010

JURNAL MINGGUAN

TARIKH : 5 – 9 Julai 2010 (minggu ke-2)

Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu kedua saya menjalani praktikum di sekolah ini. Saya sudah mula mesra untuk berinteraksi dan mengenali sebahagian kakitangan di sekolah ini. Saya sudah mula memahami suasana sekolah walaupun masih mencari pengalaman. Bangga rasanya menjadi guru dan saya sedar bahawa saya perlu memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik-baiknya.

Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya amat bergantung kepada LCD tetapi malangnya peralatan ini perlu di bawa sendiri dan jika ada pun hanya di Makmal. Ada beberapa kelebihan dan kekurangan dalam Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Antara kelebihan yang ada ialah murid memberikan kerjasama dengan baik walaupun sebahagian murid agak nakal. Hubungan dua hala masih dapat dilakukan walaupun suasana kelas yang agak bising kerana masing-masing ingin menonjolkan diri mereka dengan cikgu baharunya ini.

Kekurangan yang ada ialah murid masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis kerana masih ada yang melakukan kesalahan mengeja. Bagi mengatasi kemahiran menulis ini, saya perlu memperbanyakkan latihan dan menyarankan agar murid menulis dengan berhati-hati dan banyakkan membaca. Saya juga menekankan kemahiran KBKK bagi mengatasi masalah tersebut.

Banyak yang dapat saya pelajari pada minggu kedua ini antaranya tentang selok-belok pengurusan bilik darjah dan pentingnya menepati waktu. Jika kita terlebih atau terkurang mengajar pada waktu itu ia akan menjejaskan masa cikgu yang lain.

Kelemahan tetap ada dalam berinteraksi dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Walau bagaimanapun saya tetap berusaha untuk memperbaikinya dengan lebih baik lagi di masa akan datang
Sekian sahaja untuk jurnal refleksi saya pada minggu ini.

20 July 2010

PRAKTIKUM, PRAKTIKUM, PRAKTIKUM..





Assalamualaikum..



Kepada rakan seperjuangan harap terus gigih dalam menjalani praktikum fasa 2 ini.Memang penat jerih amat terasa memandangkan perlu bertugas di dua buah sekolah setiap hari sehingga ke petang.Harapan saya agar segala pengorbanan yang dilalui akan terbalas di dunia dan di akhirat demi mendidik anak bangsa..

11 June 2010

SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM

Salam..

Selamat menjalani praktikum Fasa 2 kepada rakan seperjuanganku..
Didoakan agar dimudahkan segala urusan..

16 May 2010

Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru Semua..

12 May 2010

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum..

Makluman kepada rakan kelas PM1 & PM2 bahawa peperiksaan untuk semester 4 PN (THT) & BM (OBT) akan diadakan pada minggu ke-2 interaksi pada kali ini. Diharap semua sudah bersedia.

Sila sediakan juga RPH terbaik anda pada sesi praktikum yang lepas beserta refleksi untuk Kerja Kursus Pendek (KKP) mata pelajaran Ilmu Pendidikan.Tugasan adalah secara individu dan perlu dihantar segera.

Maklumat ini telah disampaikan oleh Pn. Halimatussa'diah kepada saya. Jika terdapat kemusykilan terus hubungi beliau untuk penjelasan lebih lanjut. Terima kasih, wassalam.

28 February 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 3

Assalamualaikum..

Selamat bertemu kembali. Ingin dimaklumkan di sini bahawa keputusan peperiksaan semester 3 boleh didapati di laman web berikut : www.ippm.edu.my/keputusan/login.php Tahniah kepada yang berjaya. Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan IPG kerana memudahkan urusan dalam segala hal lebih-lebih lagi penggunaan internet sebagai sumber utama. Akhir sekali didoakan semoga maju jaya kepada rakan-rakan seperjuangan.

29 December 2009

Latihan Dikir Barat



Untuk makluman ini dia latihan yang kami buat untuk dipersembahkan pada perjumpaan antara peajar tajaan JAJ. Semoga terhibur..

26 December 2009

CONTOH RPH PEND. ALAM SEKITAR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
SEKOLAH BESTARI – PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Tarikh : 24 Disember 2009
Masa : 60 Minit (8.30-9.30 pagi)
Tahun : 4 Berlian
Bilangan murid : 24 orang
Unit 11 : Lestari Alam
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Alam Ceria Kita Selesa

Hasil pembelajaran :
i. Fokus utama ,
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 1 ( i )
Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.



ii. Fokus sampingan ,

6.2 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 3 ( i )
Mengenal pasti dan menyatakan mesej penulis berdasarkan teks yang dibaca.

Objektif
Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menulis empat cadangan aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar daripada masalah pencemaran dalam bentuk peta minda berdasarkan maklumat yang diperoleh dari internet.

2. Membaca satu teks berkaitan alam sekitar dengan sebutan yang jelas mengikut gaya intonasi yang betul.

Penyerapan Tatabahasa :

1. Murid dapat mengecam dan menyenaraikan kata adjektif daripada teks yang dibaca dalam bentuk peta minda dengan tulisan yang cantik.

Sistem bahasa : Tatabahasa
i. Kata Adjektif

Pengisian kurikulum :
i. Ilmu :
Kajian Tempatan
Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

ii. Nilai Murni
a. Hemah tinggi
b. Bekerjasama
c. Semangat bermasyarakat
d. Cintai Alam Sekitar

iii. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
a. Kemahiran berfikir
i. Mentafsir
ii. Mengenal pasti sebab dan akibat
iii. Menjana idea

b. Kecerdasan pelbagai
i. Naturalis
ii. Interpersonal

c. kajian masa depan
i. Membuat ramalan

d. Pembelajaran kontekstual
i. Mengaitkan isu alam sekitar dengan pengalaman sedia ada

e. Belajar cara belajar
i. Mencari maklumat dari internet
ii. Sumbang saran

iv Pendekatan Bestari
a. Pembelajaran Berpusatkan Murid
b. Pembelajaran Berfikrah
c. Pembelajaran Berasaskan otak
d. Pembelajaran Berbantukan Teknologi ICT

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Set Induksi
(7 minit)Klip video dan Gambar-gambar berkaitan kesan pencemaran alam sekitar.
Murid melihat klip video dan meneliti gambar-gambar fenomena kesan pencemaran alam sekitar yang sebenar dan memberi respons.

ILMU :
-Kajian Tempatan
-Sains
-Pendidikan Alam Sekitar
-Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

ABM :
LCD/ Laptop

BBM :
i. Video tragedi kesan pencemaran alam sekitar .
ii. Gambar-gambar pencemaran alam sekitar.

KBT:
-Kemahiran berfikir
-Membuat rumusan

Langkah1
(4 minit)
Membaca teks pencemaran udara berkaitan pencemaran alam sekitar.

Murid membaca petikan secara mentalis untuk memahami tajuk yang dibincangkan.
BBM :
- Teks petikan daripada sumber Internet

KBT:
-Kemahiran membaca (mentalis)
-Kemahiran berfikir

Langkah 2
(12 minit)
Membaca teks pencemaran udara berkaitan pencemaran alam sekitar.
Beberapa orang murid dapat membaca teks secara mekanis dengan gaya intonasi yang jelas dan betuI serta mantap kemahiran lisannya.

ILMU :
-Kajian Tempatan
-Sains
-Pendidikan Alam Sekitar
-Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

BBM:
-Petikan dalam bahan edaran dari internet dan dipancarkan melalui LCD.

KBT:
-Kemahiran membaca (mekanis)

Langkah 3
(15 minit) - Menyenaraikan empat cadangan aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar.

Murid menyenaraikan empat cadangan aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar berpandukan teks dalam bentuk peta minda

BBM:
-Borang PG, Peta minda:
Cadangan contoh-contoh bentuk peta minda dipancarkan melalui LCD.

KBT:
i. Kemahiran berfikir
-menganalisis
-mencari maklumat
-membuat keputusan
ii. Kemahiran menulis
-Menulis Mekanis

Langkah 4
(10 minit Penyerapan Tatabahasa
-Kata Adjektif yang terdapat dalam petikan
- Menyenaraikan Kata Adjektif yang terdapat dalam petikan juga dalam bentuk peta minda dengan tulisan yang cantik
Sistem bahasa:
Penyerapan Tatabahasa

BBM:
-Borang PG

Langkah 5
(5 minit)
Rumusan pelajaran:
3 tips amalan gaya hidup sihat
Murid memberi tiga 3 tips amalan gaya hidup sihat secara lisan dan berbual tentang fenomena alam sekitar berdasarkan pengetahuan sedia ada.

KBT:
-Kajian masa depan

-Membuat ramalan
Pembelajaran kontekstual:

-Mengaitkan isu alam sekitar dengan pengalaman sedia ada

Penutup
(7 minit) Paparan you tube lagu “Hijau” nyanyian artis terkenal tanah air, Zainal Abidin. Murid menonton video yang dipaparkan dan memberi respons positif.
Penyerapan Nilai Murni:
- Hemah tinggi
- Bekerjasama
-Semangat bermasyarakat
-Cintai Alam Sekitar

2.0 TEKS BERTEMAKAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN UDARA
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahaan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka, manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.


Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
• Pencemaran Udara Primer
Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
• Pencemaran Udara Sekunder
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.
Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindak balas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksida asetil nitrat (PAN).
Jenis-jenis Bahan Pencemar
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran
Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
• Pelepasan asap kenderaan
• Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang asbestos/ simen/ bateri kereta
• Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
• Pembakaran hutan
• Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
• Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
• Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok.

Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran udara :
• Kesihatan terjejas
• Pertanian yang tidak produktif
• Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
• Mengotorkan persekitaran – habuk

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR
• A. Pameran Pencemaran Alam
• B. Kempen Melindungi Alam Sekitar
• C. Pertandingan
• D. Pendedahan Media Massa

22 December 2009

Nasyid Terhebat!

Mempersembahkan Kumpulan nasyid terhebat! Hah, inilah kumpulan nasyid antara terhebat di IPPM kerana cukup lengkap dengan lawaknya. Si penyayi pula sampai tersekat-sekat suara kerana menghayati lagu yang diperdendangkan. Jom layan...

Rakan Sekelas

Inilah dia rupa rakan-rakan sekelasku yang sungguh 'sporting' merakamkan gambar aksi ganas..Sengguh tidak ku sangka aku pun terjebak juga hasil projek Rafeek dan Yusri Si Jambu. Tergelak juga melihat mereka begitu teruja dan pastinya kebanyakan gambar yang diambil adalah ketika kelas sedang dijalankan di makmal TSP! Hmm, apa nak jadi anak buah kelasku ini termasuk aku pun pun sama. Apa pun kami semua sebenarnya sedang berehat sebentar (take 5) dan bermulalah aksi-aksi yang boleh dilihat pada video yang aku sertakan ini..

21 December 2009

Video Perlawanan Bola Tampar Antara Kelas

Seronok sunguh bemain bola tampar hari ini kerana kelas kami menang 2-0 melawan kelas Pengajian Islam (senior kami). Perlawanan ini telah dianjurkan oleh En. Zakariyah Bin Julas. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menyokong pasukan kami..Terima kasih..

16 December 2009

ZIARAH DI RUMAH DR. HJ. KAMARUDIN









Assalamualaikum..

Meriah sungguh hari ini kerana berkesempatan untuk menziarah rumah Dr. Kamarudin yang terletak di Kg. Baru, Sg. Udang, Melaka. Kami pergi seramai 36 orang berkongsi menaiki kereta dan ternyata perjalanannya memang agak jauh. Mujur tidak tersesat. Yang menariknya hampir semua tersesat apabila menghala pulang ke kampus.

Alhamdulillah sempat juga kami membuat majlis tahlil bersama dan selepas solat Isyak kami dihidangkan dengan juadah yang enak-enak belaka. Memang sedap masakan Cikgu Zuraidah isteri Dr. Kamarudin yang kebetulan beliau juga mengajar subjek Ilmu Pendidikan di kelas kami. Apa pun ucapan terima kasih kepada keluarga Dr. kerana sudi menerima kunjungan kami termasuk kelas KEMAS 2008 seramai 16 orang yang menyertai rombongan kami. Dikesempatan ini saya lampirkan gambar-gambar yang diambil untuk tatapan semua.

11 December 2009

Gambar Kenangan Di Hotel Good Hope, JB

Assalamualaikum..

Masih teringat kenangan ketika berkursus sebelum masuk ke IPPM di Good Hope Hotel, JB? Di sini saya sertakan gambar ketika itu untuk tatapan rakan-rakan.

07 December 2009

KELAS TSP YANG MENYERONOKKAN!




Salam kembali kepada penggila blog di luar sana. Hari ini aku menghadirkan diri ke kelas TSP yang dibimbing oleh Dr. Kamarudin Bin Hj. Abu Hassan mengenai bagaimana memurnikan lagi blog yang telah dibuat. Alhamdulillah, aku dapat menerima ilmu tersebut dengan mudah. Fuh, memang macam-macam rupa dan gaya rakan-rakan kelasku 'memodified' blog masing-masing terutama rakanku yang bernama Yusri(Si Abang Jambu) tekun dan khusyuk membuat blognya sendiri. Tak menang juga tangan juga membantu rakan yang terputus line di makmal. Terima kasih juga diucapkan kepada Mirza Adzraf yang sentiasa boleh diharap membantu mereka semua maklumlah dia adalah PA bagi matapelajaran ini. Apa pun aku mengharapkan kepada kelasku ini agar dapat melakukan tugasan membina blog ini menjadi sempurna dan mengeluarkan hasil yang terbaik! Terima kasih kepada semua yang membantu dan aku sangat memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakanku ini walaupun dibebani oleh jadual kelas yang padat ditambah lagi dengan tugasan yang banyak. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami Dr. Kamaruddin sesungguhnya walaupun kami penat tetapi sedikit sebanyak kelas beliau dapat mengurangkan tension dan mendatangkan keseronokkan.

06 December 2009

Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Agama Johor





Makluman kepada rakan sekuliah. Dimaklumkan bahawa Majlis Perjumpaan bersama Pengarah Jabatan Agama Johor pada kali ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Disember 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan UTM Skudai, Johor Bahru

Kemudahan bas akan desediakan oleh pihak IPGM, Kampus Perempuan Melayu Melaka. Kepada sesiapa yang hendak menaiki bas hendaklah memaklumkan kepada saya terlebih dahulu dan akan bertolak seawal pagi.

Sekian, terima kasih.

05 December 2009

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN






Kepada rakan-rakan kuliahku di IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, selamat menjawab peperiksaan pada semester kali ini yang akan diadakan pasa 9&10 Disember 2009. Aku doakan kejayaan semua mudah-mudahan mendapat keputusan yang cemerlang..Good Luck!