31 January 2011

IMAN YANG BENAR

1.0 IMAN YANG BENAR
Iman adalah harta yang amat berharga dalam kehidupan. Iman tidakdikurniakan kepada semua manusia di atas muka bumi ini melainkan yang terpilih sahaja. Orang yang memilikinya, maka dia telah memiliki seagung-agung nikmat dan semulia-mulia sifat selain menjadi perinsip utama bagi menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Istilah lebih tepat adalah untuk kebahagiaan hidup yang sebenar dan faktor penyelamat masalah umat sejagat.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujuraat ayat 7 - 8:

Ertinya: “Tetapi Allah telah menimbulkan cintamu kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu perhiasan dalam hatimu dan ditimbulkan pula oleh Allah itu rasa kebencian dalam hatimu terhadap kekufuran, kejahatan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang benar. Demikian itu adalah suatu kurnia dan kenikmatan dari Allah”.
Sebagai seorang islam, perkara yang perlu difahami bagi melengkapkan diri sebagai hamba Allah s.w.t yang diiktiraf adalah mengetahui pengertian iman. Erti Iman (الإيمان) dari segi bahasa dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Oleh itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Dari segi istilah pula adalah Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'.
Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:


"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Iman amat penting dalam kehidupan seorang muslim kerana mampu membentuk insan muslim sejati. Menimbulkan keberanian menghadapi segala cabaran dan ingin terus maju membela kebenaran. Melahirkan keyakinan yang benar-benar hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh memberi rezeki kepada kita sekalipun ianya dihalang dan tidak disukai oleh manusia lain.
Seterusnya beristiqamah dalam ibadat seperti melakukan amalan soleh seperti membaca al-Quran, sembahyang sunat, zikrullah, berdoa, bermuzakarah, berpuasa sunat, bersedekah, menziarahi orang sakit dan melakukan semua perkara yang boleh mengigatkan kita kepada Allah. Kemudian ia mampu melahirkan generasi berakhlak mulia Jika seorang hamba itu telah terpaut hatinya dengan Allah, maka jiwanya akan kukuh serta meninggalkan kesan dalam tingkah lakunya kearah kebaikkan dan keluhuran akhlak. Setelah mengetahui erti dan kepentinagn, perlu tahu juga musuh bagi iman itu. Terdapat empat perkara penting yang perlu dijauhi iaitu Kufur, Munafik, Syirik dan Murtad.
Kufur pada bahasa bererti menutupi. Sedangkan menurut syara’ pula kufur adalah tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya, baik dengan mendustakannya atau tidak mendustakannya. Kufur terbahagi kepada dua katogori iaitu Kufur Besar dan Kufur Kecil. Kufur besar boleh mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Terdapat lima keadaan Kufur besar :

1.1 PERTAMA : KUFUR KARENA MENDUSTAKAN ALLAH.
Dalilnya adalah firman Allah :

Ertinya : “Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran tatkala yang hak itu datang kepadanya ? Bukankah dalam Neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir ?” [Al-Ankabut : 68]
1.2 KEDUA : KUFUR KERANA ENGGAN DAN SOMBONG, PADAHAL MEMBENARKAN
Dalil firman Allah :

“Artinya : Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat, ‘Tunduklah kamu kepada Adam’. Lalu mereka tunduk kecuali iblis, ia enggan dan congkak dan adalah ia termasuk orang-orang kafir” [Al-Baqarah : 34]
1.3 KETIGA : KUFUR KERANA RAGU
Dalilnya adalah firman Allah :


“Artinya : Dan ia memasuki kebunnya, sedang ia aniaya terhadap dirinya sendiri ; ia berkata, “Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira Hari Kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Rabbku, niscaya akan kudapati tempat kembali yang baik” Temannya (yang mukmin) berkata kepadanya, ‘Apakah engkau kafir kepada (Rabb) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, kemudian Dia menjadikan kamu seorang laki-laki ? Tapi aku (percaya bahwa) Dialah Allah Rabbku dan aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun” [Al-Kahfi : 35-38]

1.4 KEEMPAT : KUFUR KERANA BERPALING.
Dalil firman Allah :

“Artinya : Dan orang-orang itu berpaling dari peringatan yang disampaikan kepada mereka” [Al-Ahqaf : 3]


1.5 KELIMA : KUFUR KERANA NIFAQ
Dalilnya adalah firman Allah

“Artinya : Yang demikian itu adalah karena mereka beriman (secara) lahirnya lalu kafir (secara batinnya), kemudian hati mereka dikunci mati, karena itu mereka tidak dapat mengerti” [Al-Munafiqun : 3]

Kedua Munafik. Munafik pula ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya di mana pada zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakui keesaan Allah dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w sedangkan pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan, menjual petunjuk membeli kesatan, memilih kufur menolak iman, memperjuangkan bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azab daripada nikmat.
Munafik terbahagi kepada dua iaitu Munafik iktiqad iaitu pegangan terhadap pokok persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan maka golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya. Kedua adalah Munafiq amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat nifaq atau penipuan seperti beramal kerana seseorang atau sesuatu selain Allah. Golongan ini melakukan dosa yang memerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akan dimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka.
Antara ciri-ciri utama munafiq yang adalah apabila bercakap suka berbohong, apabila berjanji dimungkiri, apabila diberi amanah dikhianati dan apabila berkelahi atau berbalah melampaui batas.
Seterusnya, orang yang menghargai iman tentu menjauhi Syirik. Menurut Mardzelah Makhsin (2003), perkataan “Syirik” berasal daripada perkataan Arab yang telah dimelayukan. Asal perkataan dalam bahasa Arab adalah syirik, diambil daripada kata kerja “asyraka” yang bermaksud “sekutu” atau “kongsi”. Kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga mentakrifkan syirik sebagai “perbuatan menyekutukan Allah dengan yang lain seperti beribadah kepada selain Allah dengan menyembah patung, tempat keramat dan sebagainya”. Manakala dari sudut istilah syarak, syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT di Hari Akhirat. Orang yang melakukannya menjadi kafir serta kekal di dalam neraka selama-lamanya.



Firman Allah Taala :

Maksudnya: ”Sesungguhnya orang-orang Yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di Dalam neraka Jahannam, kekallah mereka didalamnya. Mereka itulah Sejahat-jahat makhluk.( Al-Bayyinah:6)
Terdapat pecahan perkara syirik iaitu Syirik yang dapat menghapus tauhid (syirik yang keluar dari garis agama).Syirik ini dinamakan syirik terbesar dan pelakunya harus dibunuh. Kedua Syirik yang dapat menghapus kesempurnaan tauhid iaitu dosa besar dan wajib dimusnahkan agar tidak menjadi jalan menuju kepada syirik yang besar. Antara Cabang syirik adalah Syirik Akbar Jali (terang) dan Khafi (tersembunyi) Syirik akbar yang terang ialah beribadah kepada satu tuhan atau beberapa tuhan di samping Allah SWT sama ada tuhan tersebut berbentuk objek seperti matahari, bulan atau benda mati seperti berhala atau batu ataupun tuhan tersebut berbentuk binatang seperti anak lembu atau bapak lembu atau tuhan yang berbentuk manusia seperti Firaun yang mendakwa dirinya tuhan.
Seterusnya Syirik Akbar Khafi. Syirik ini berlaku dalam bentuk percampuran antara amalan yang berunsurkan kekufuran dengan amalan yang berunsurkan Islam serta dicampur dengan kepercayaan karut marut berkaitan kekuasaan sesuatu benda yang menyerupai kuasa Allah SWT. Percampuran ini menyebabkan kecelaruan dalam akidah seseorang kerana hak-hak
Allah SWT diberikan atau dikongsikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah seperti kekuasaan, pengabdian, pertolongan perlindungan, keikhlasan, sifat-sifat kesempurnaan dan sebagainya. Perkara-perkara ini jika tidak diteliti menyebabkan seseorang terjerumus dalam perangkap syaitan dan dibimbangi pelakunya mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT jika tidak sempat bertaubat. Contohnya bersumpah dengan yang lain daripada Allah seperti bersumpah dengan nama nabi, Kaabah, wali, orang-orang soleh dan sebagainya. Ini kerana manusia hanya layak bersumpah dengan nama Allah sahaja. Bersumpah dengan nama-nama makhluk adalah tidak layak bagi manusia kerana dikhuatiri ia menyamakan makhluk dengan penciptanya. Manakala amalan-amalan yang turut membawa kepada syirik akbar adalah seperti memakai tangkal dengan tujuan menolak kemudaratan atau mendatangkan sesuatu keuntungan dengan pergantungan kepada tangkal tersebut, menggunakan jampi mantera yang mengandungi permohonan pertolongan atau perlindungan daripada selain Allah, mempercayai ramalan ahli nujum atau mengamalkan ilmu nujum, bernazar kepada selain Allah, terlalu mengagungkan sesuatu sama ada nabi, rasul, tempat-tempat tertentu atau objek tertentu sehingga menyamai salah satu sifat Allah SWT dan amalan-amalan lain seumpamanya.
Syirik asghar adalah di antara jenis-jenis dosa besar bahkan lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa besar yang lain. Syirik Asghar adalah syirik kecil atau syirik amali. Syirik jenis ini tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam. Syirik asghar adalah syirik yang tersembunyi kerana kadang kala tidak disedari oleh orang yang melakukan perkara tersebut. Syirik ini banyak bersangkutan dengan amalan hati seseorang. Ia terjadi apabila sesuatu amalan ketaatan dikerjakan dengan niat yang tidak ikhlas kerana Allah SWT seperti hanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, mendapat pujian dan sanjungan bagi sesuatu tujuan seperti perniagaan dan perkahwinan serta tujuan-tujuan yang seumpamanya. Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati- hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab; syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal
Terakhir pula merujuk kepada Murtad. Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme). Seseorang Islam boleh menjadi murtad disebabkan satu daripada tiga perkara iaitu disebabkan i’tiqad (kepercayaan), disebabkan perbuatan yang sengaja dan disebabkan perkataan yang sengaja. Perbuatan-perbuatan yang menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad di antaranya adalah sembah sujud berhala, sujud menyembah matahari dan bulan, sujud kepada makhluk-makhluk lain, seperti sujud kepada manusia, haiwan, kayu dan batu dan membuangkan Al-Quran atau hadits nabi saw ke dalam najis atau memijaknya.
Perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan seseorang islam itu menjadi murtad antaranya mengatakan Allah Ta’ala itu ada sekutu dan berbilang-bilang, atau mengatakan Allah tidak berkuasa apa-apa atas alam ini, mengatakan syariah Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara individu dan masyarakat seterusnya mengatakan hukum-hukum islam tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang, kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat hari ini.
2. CIRI-CIRI ORANG BERIMAN
Ciri orang beriman antara lain sebagaiamana disebut dalam Al-Quran surat ke-23, Al Mu’minuun (orang-orang yang beriman). Berikut terjemahan surat Al mu’minuun ayat 1 hingga 11

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. 2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya’. 3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna’. 4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,. 5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,. 6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela’. 7. Barang siapa yang mencari dibalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas,. 8. dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya,. 9. dan orang-orang yang memelihara shalatnya,. 10. mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,. 11. (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Berdasarkan ayat tersebut, antara lima ciri orang beriman yang boleh dijadikan peringatan menurut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib. Pertama amalan membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya. Kedua mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat. Ketiga terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan. Keempat mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri. Kelima berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
3.0 TIGA CARA MENGUKUHKAN KEIMANAN
Bagi memelihara iman pula seseorang itu harus melawan hawa nafsu, dengan membuang sifat-sifat tercela seperti riak, ujub, hasad dengki, pemarah, penakut, cinta dunia sebaliknya menghiasi hati dengan akhlak serta sifat-sifat terpuji seperti jujur, ikhlas, tawadwuk, sangka baik, syukur dan sepertinya. Kedua pula menggunakan akal untuk berfikir tentang keagungan Allah dengan melihat akan kejadian-kejadian alam yang serba indah serta nikmat-nikmat yang kita kecapi lalu menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan. Ketiga, melakukan amalan soleh seperti membaca al-Quran, sembahyang sunat, zikrullah, berdoa, bermuzakarah, berpuasa sunat, bersedekah, menziarahi orang sakit dan melakukan semua perkara yang boleh mengigatkan kita kepada Allah.
Orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.
Iman dapat melahirkan ketenangan dan ketenteraman dalam jiwa sekalipun kita menghadapi berbagai kesusahan, kesempitan dan kesukaran dalam kehidupan. Iman dapat meningkatkan kekuatan ma’nawiah dan azam serta menjadi penyuluh hidayah dalam kita memutuskan sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan. Akhir sekali, mereka yang beriman dijanjikan Allah s.a.w kehidupan yang aman dan damai di dunia dan balasan yang baik di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 97:
         •    •     
Ertinya: “Barangsiapa yang beramal saleh, baik lelaki atau perempuan dan ia beriman, maka pasti Kami (Allah) akan kurniakan kehidupan yang bahagia dan pasti pula kami akan memberikan balasan padanya dengan sebaik-baik balasan diatas apa yang mereka lakukan”.
Justeru, sebagai seorang islam wajib mengambil berat atas perkara-perkara merosakkan iman dan sentiasa menjauhkan diri terhadap musuh iman iaitu hasutan iblis. Segeralah bertaubat dan kembali kejalan yang benar bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah Rasullullah S.A.W. Mudah-mudahan benteng ini mampu memandu umat islam mendapat keredhaan Allah di hari kemudian.

4.0 PENUTUP
Alhamdulillah, selesai sudah tugasan dan amanah yang diberi dalam menyiapkan Kerja Kursus ini. Semoga mendapat manfaat dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan bukan sahaja dari segi teori malah praktikal. Insya-Allah, segala ilmu yang digarap tidak mudah luntur dan berterusan kekal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.

5.0 RUJUKAN

Abd Rahman Nawas, Nawawee Mohammad,Omardin Haji Ashaari & Arip
Saaya.(1995).Tamadun Islam;Pustaka Haji Abd Majid

Faiza Zainuddin.(11 Mac 2006).Sungai Juru Tercemar Teruk, Nasional.Berita Harian, ms 16.

Rosli Abd Jalil dan Sariha Mohamad Ali.(1 Januari 2006). 38 penduduk masuk hospital terhidu gas.Berita Harian, ms 2.

http://www.greenportal.usm.my : 6/12/2010,09.37

Hujan Itu Rahmat

Hujan.Berhentinya tidak sejak semalam lagi.Tetapi aku percaya bahawa semua itu rahmat yang Allah beri..

Masih teringat ketika kecil dahulu setiap kali hujan yang 'agak lama' maka banjirlah kawasan rumah kami sekeluarga..Alhamdulillah kini rumah mak dah dibina semula dan berada lebih tinggi sedikit dari tempat yang asal..Mudah-mudahan tidaklah dilanda banjir lagi..

14 August 2010

Salam Ramadhan

Selamat menjalankan ibadat puasa..

01 August 2010

Pertandingan Kompang

25 July 2010

JURNAL MINGGUAN

TARIKH : 5 – 9 Julai 2010 (minggu ke-2)

Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu kedua saya menjalani praktikum di sekolah ini. Saya sudah mula mesra untuk berinteraksi dan mengenali sebahagian kakitangan di sekolah ini. Saya sudah mula memahami suasana sekolah walaupun masih mencari pengalaman. Bangga rasanya menjadi guru dan saya sedar bahawa saya perlu memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik-baiknya.

Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya amat bergantung kepada LCD tetapi malangnya peralatan ini perlu di bawa sendiri dan jika ada pun hanya di Makmal. Ada beberapa kelebihan dan kekurangan dalam Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Antara kelebihan yang ada ialah murid memberikan kerjasama dengan baik walaupun sebahagian murid agak nakal. Hubungan dua hala masih dapat dilakukan walaupun suasana kelas yang agak bising kerana masing-masing ingin menonjolkan diri mereka dengan cikgu baharunya ini.

Kekurangan yang ada ialah murid masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis kerana masih ada yang melakukan kesalahan mengeja. Bagi mengatasi kemahiran menulis ini, saya perlu memperbanyakkan latihan dan menyarankan agar murid menulis dengan berhati-hati dan banyakkan membaca. Saya juga menekankan kemahiran KBKK bagi mengatasi masalah tersebut.

Banyak yang dapat saya pelajari pada minggu kedua ini antaranya tentang selok-belok pengurusan bilik darjah dan pentingnya menepati waktu. Jika kita terlebih atau terkurang mengajar pada waktu itu ia akan menjejaskan masa cikgu yang lain.

Kelemahan tetap ada dalam berinteraksi dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Walau bagaimanapun saya tetap berusaha untuk memperbaikinya dengan lebih baik lagi di masa akan datang
Sekian sahaja untuk jurnal refleksi saya pada minggu ini.